10.07.2009

salam ziarah...

muhasabah diri..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI ( Surah Ali-Imran:185). Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..

10.06.2009

salam ziarah..

hebahan SEGERA ~ OPKIM 2009




OPKIM MARSIS 2009
RUMAH ANAK YATIM HASYIMIAH SELAYANG
17 OKT :: 10.00 pagi

Berminat?

Hubungi Pengarah OPKIM Azri (0148524977)

10.05.2009

salam ziarah..

Lucunya baru hari ini saya rasa nak menulis dalam blog yang telah lama senyap ini…=).bukan takada masa nak update cuma tak tau nak isi apa kat dalam ini .insya-Allah selepas ini saya akan cuba jadikan blog ini hidup semula.saya harap tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir n batin,maaf kalau ada salah n silap khususnya bagi sahabat-sahaabat yang mengenali diri ini.

"seandainya engkau bertemu seorang kawan.yang sanggup berRSUSAH atas
nama keSETIAAN,mendahulukan atas nama keBAJIKAN ,menyimpan keAIBANMU atas nama keJUJURAN ,mempercayaimu atas nama keIKHLASAN, menegur keLEMAHANMU atas nama keBAIKAN, memendam rasa terkilan demi menjaga PERASAAN , dia bukanlah sekadar kawan tapi dia adalah seorang TEMAN"

tq..=)


.


4.06.2009

ilhamku..

hayati bersama..
Memperkasa Pengajian Tinggi

Alhamdullilah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Illahi dengan limpah dan rahmatNya dapatlah kita menjalankan kehidupan ini seperti sedia kala. Mungkin sehingga hari ini kita sudah banyak melakukan maksiat dan dosa tanpa kita sedari. Sebagai hamba yang lemah, sudah pasti kita tidak terlepas dari berhadapan dengan pelbagai cabaran dan penderitaan. Kita akan mengeluh apabila ditimpa musibah ataupun cabaran. Sering memberontak apabila diuji Allah dengan kesakitan, kelaparan, kegagalan dan bermacam-macam jenis dugaan dan cabaran.Bersama-sama lah kita menilai dan muhasabah diri sejauh mana tahap keimanan kita dalam menempuhi pelbagai dugaan tersebut.

Pejam celik-pejam celik hanya 11 tahun sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2020 . Wawasan yang disasarkan kerajaan suatu masa dahulu, sedikit sebanyak semakin menampakkan hasil. Mengimbas kembali sejarah Malaysia dalam era Pasca-Pembangunan , pemerkasaan pendidikan tinggi lebih banyak tertumpu kepada pembangunan insfrastrukur semata. Akan tetapi kini, pemerkasaan pendidikan tinggi perlulah ditumpukan kepada pembangunan mentaliti dan kualiti warga IPT sama ada mahasiswa mahupun pekerja sendiri. Telah banyak pelan-pelan pembangunan dan rancangan-rancangan kerajaan dirangka untuk mencapai matlamat pemerkasaan IPT seperti mewujudkan Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif. Antara tujuannya adalah untuk mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan IPT-IPT yang ada di Malaysia. Selain itu, menerusi Bajet 2009 juga kerajaan telah memperuntukan RM31 bilion untuk menyediakan pendidikan yang lebih efektif dan efisyen bagi manfaat 5.8 juta pelajar. Jumlah ini adalah antara jumlah terbesar yang akan disumbangkan kerajaan untuk sector pendidikan.

Tetapi malangnya, kita sebagai mahasiswa masih lagi berada dalam kerangka yang lama. Selaku masyarakat bergelar pelajar ataupun lebih spesifiknya mahasiswa, kita lalai dan alpa dengan dunia ciptaan sendiri yang sentiasa mengimpikan keseronokan sehingga kita lupa akan tanggunjawab yang sepatutnya kita lakukan. Sewajarnya kita menggunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk mengutip sebanyak mana ilmu untuk persediaan pada masa akan datang. Walau sebanyak manapun pelan dan rancangan yang diwujudkan, jika kita sebagai mahasiswa tidak ingin berubah pokoknya segala perancangan tersebut hanyalah rancangan di atas kertas semata. Lebih meruncingkan apabila sikap mahasiswa sekarang yang sentiasa mengambil jalan mudah malah tidak wujud pemikiran kritikal ( critical thinking ) dalam diri mereka. Sepatutnya kita sebagai Mahasiswa yang mempunyai tahap idealisme yang tinggi seharusnya mengaplikasikan ilmu yang kita telah perolehi dalam kehidupan seharian , dan biarlah ilmu tersebut boleh memberi manfaat kepada orang lain . Disamping itu kita perlulah berani dalam melontarkan pendapat dan pandangan kita terhadap masyarakat sekeliling khususnya terhadap masyarakat kampus Uni Malaya ini.

Justeru, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan dunia pendidikan agar kembali setanding dengan negara-negara maju yang lain haruslah kita raikan dan jayakan bersama. Menjadi tanggungjawab kita membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan matlamat tersebut. Semua perancangan yang difikirkan bukanlah untuk kepentingan mana-mana pihak. Bahkan ia bermanfaat untuk anak bangsa di masa akan datang. Oleh itu, tidak salah sekiranya kita turun padang bersama-sama untuk melihat impian atau agenda penting negara ”memperkasakan pendidikan tinggi bertaraf dunia “ menjadi kenyataan dan bukan lagi impian semata-mata.

11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah[767]. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan[768] yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, Maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.



3.21.2009

terfikir sejenak...

-jam menunjukan jam 3.34 pagi...hehehe tak sedar da pagi rupanya..ini merupakan blog pertama sy walaupun banyak kekurangan tapi sekurang-kurangnya ad benda baru yang sy pelajari pada hari ini...alhamdullilah

-ok pesanan buat diri yang lemah teruskan usaha dan jangan mudah putus asa..minggu ini walaupun agak sibuk sikit jangan sampai abaikan pelajaran ye...;-)

renungilah bersama..

  1. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. (H.R.Muslim)

pengalaman hidupku..

dalam meniti hari-hari yang mendatang kadang-kadang kita akan di uji sejauh mana iman dan kesabaran kita dalam menempuhi ujian itu..



test..

erti hidup pada memberi..

ya ALLAH permudahkan la bagiku..